Saturday, May 19, 2012

KESUCIANMU DAN KESUCIANKU

"Mbak Eliana


Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesuciar lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kalegori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita..

"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."

"Itulah prinsip yang caya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya."









-Khairul Azzam-


(ketika cinta bertasbih)


" if someone care for your honor... why wouldn't you?? ....... "

Thursday, April 12, 2012

TAK CUKUP

ramai manusia yang kepingin akan kebenaran.. sehingga seluruh kehidupan mereka dilantarkan atas istilah mencari kebenaran.. ya, kerana tuntutan agama juga menuntut supaya kau dan aku mencari kebenaran.. hidup atas kebenaran.. ketahui kebenaran dan genggam kebenaran itu dengan genggaman pedang seorang pahlawan di medan perang...

namun seperti mana pokok tanpa akar yang pasti sahaja ranap, atau seperti mana akar tanpa pokok diatasnya yang pasti sahaja tidak bermanfaat... setiap perkara ada pasangannya, kau dan aku... bumi dan langit.. segalanya.. seperti juga keyakinan kepada yang benar dan batil... 

seperti mana perkara yang benar itu benar2 penting... namun mengetahui yang salah itu juga sama prioriti statusnya dengan mencari kebenaran.. tapi sayang  kerana kini ]erti kehidupan tidak lagi dicari dalam erti kata dua.. mencari kebenaran DAN kebatilan... 

kerana kebanyakan mereka yang mencari kesalahan, dipandang sebagai munafik.. pemusnah dalaman.. ya! mudah sahaja dilabel sebagai liberal dan sesat. dikondem kerana fikiran figuratif sekelumit pencari kebenaran itu mengatakan "ada apa harus belajar yang salah? apa yang benar sudah cukup kau temui?"

ya, untuk menuju ke destinasi ... kau perlu mengetahui jalan yang benar.. namun jika aku goyangkan sedikit imanmu.. apa kah kau bisa kukuh mempertahankan kebenaran yang kau genggam selama ini?

TANPA KAU YAKIN MENGETAHUI APA YANG SALAH? KEBENARANMU MUDAH DIGOYANGKAN ANGIN BISIKAN.... TAK CUKUP KUAT..




p/s:
Tuhanmu juga menyuruh kau berbuat perbuatan yang baik dan meninggalkan perbuatan yang jahat.... 
dan kau fikir dengan berbuat baik sahaja sudah mencukupi?

p/s2:  kau rasa kau boleh skor negative marking MCQ dengan hanya tahu fakta yang betul? kau silap... 




Friday, March 30, 2012

ROTHERA'S TEST

Di papan hitam, terpampang..

URINE ANALYSIS

Insan2 yang terpilih, memegang sebuah bekas, gayanya seperti bekas aiskrim sundae yang dijual di kampung aku dahulu.. Satu seringgit. Sedap.. beramai2, mereka ke tandas.. Kebanyakannya lelaki.. Aku termasuk sekali!!

Selesai bekas itu penuh, aku pulang ke makmal.. Muka lega, sambil menghidu.. Bukan bau ammonical, lebih kepada bau nescafe.. Atau kopiko. Entahlah.

Hari itu, praktikal di makmal keadannya sangat sibuk.. Dengan eksperimennya, obesrvasinya lagi.. Report lagi.. Pasti sahaja runsing!!

"Banyak gila prosedur!!! Haram sejadah! Aku dah buat 3 kali lah kejadah!"

.
.
.
.
.
.


"Lah, macam ni je result dia? Apa guna prosedur banyak.. Aku fikir ada letup2, demm.. Takat purple ring, pffftt.. "

.
.
.
.
.
.
.

"And that is one of the symptom for the patient who suffering from DIABETES MELLITUS"






" APA JADAH?????"



p\s:

hidup ini prosedurnya mungkin panjang dan memenatkan.. Letih, dan sukar.

Dan adakalanya hasil yang kita dapat, tak seberapa.. Tak seperti yang kau harapkan..

Namun apa yang penting adalah hikmah disebalik apa yang kau dapat.. Untuk itu, kau harus berfikir.. Dan kau perlu buka hati..

Procedure, observation, inference..

Hidup ini macam eksperimen..

Ya, macam rothera's test.. :)
Sent from BlackBerry® on Airtel

Wednesday, December 7, 2011

CLARIFIED ENOUGH?

if u need a clarification, why don't u come to someone that wanna give u the clarification so then u will know what clarification u need and u will not noising around about no one gonna give u clarification about doubt that u wanna clarified with... clarified enough?

ask someone who knows... 

Thursday, November 10, 2011

MINDA BODOH.. : sesempit itukah pemikiran kita??

"Pronator teres! Flexor carpi radialis! Extensor digitorum profundus!! Fuuuhhh!!! Kejadah apa lah woi... Nama tak boleh nak susah lagi kah??" Johan mengeluh sambil atlas netter's anatomy companion workbook bersaiz kecil namun tebal itu dihantuknya ke kepala.. Apakah mungkin cerebrumnya bergegar?? Ah.. Itu bukan ceritanya.. "Tak salah letak nama senang, macam kenanga atau pun otot lebar panjang.puih!" Johan terus mengetuk!!

perlahan-lahan tangannya mencapai blackberry bold 2 yang baharu dibelinya.. Almaklumlah.. Trend katanya online guna mobil.. Lebih2 lagi apabila update status fb akan terkeluar.. VIA BLACKBERRY... Bukankah rasa lebih gah? Baiklah.. Namun itu juga bukan ceritanya..

Profile fb dibuka.. Newsfeed terpapar di skrin bb nya.. Satu persatu dibacanya.. Kecuali yang di pos oleh I LUV ISLAM.. Katanya terlalu tipikal.. "Sikit2 tentang kapel, puih!" Bersabar.. Itu juga bukan ceritanya..

Satu status menarik perhatiannya..


"dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston father satan ada memberitahu di mana tarikh 11.11.11 adalah hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yang beratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnya orang tak akan tahu makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesatkan semua agama islam, kristian dan buddha. Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak digunakan dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini amat bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11!"

Pintu bilik dikuak... Faqeh menggenggam sebiji telur.. Dibelakangnya beratur hampir 8 orang rakannya yang mungkin juga tension membaca tentang musculoskeletal system..

"Happy birthday johan"
Faqeh senyum jahat...

Johan.. Melihat status di facebook, melihat semula ke muka faqeh..

"Aku ini anak setan???"
Dia perlu ready untuk dilumur dengan telur...

*********

11.11.11 itu cuma tarikh... Takkan sesempit ini pemikiran kita??? Sekonservatif inikah?? Apa ilmu ugama dan iman sudah hilang?

Maaf kata... Anda bodoh..
Sent from BlackBerry® on Airtel

Wednesday, November 2, 2011

DI MANA LETAKNYA OTAK?

Keadaan kelas masih lagi hiruk pikuk.. Mungkin disebabkan oleh makanan dewan selera tengahari tadi membekalkan zat2 tenaga yang berlebihan.. Sehingga hampir keseluruhan bangunan akademik lama yang menempatkan pelajar tingkatan 5 itu tak ubah seperti di bangsar ketika sambutan tahun baru..

Tepat jam 3, keadaan yang tadinya meriah, senyap sunyi!! Ok... Aku bohong. Mungkin ada juga suara sumbang sedikit sebanyak yang cuba mencari ruang demi untuk bercerita sahaja tentang kisah dunia..

Aku sedang tekun mentelaah buku pendidikan islam tingkatan 5.. Bab qurban dan aqiqah.. Tajuk yang diulang2 dari bangku kayu sekolah rendah hingga kerusi plastik 3 berlian sekolah menengah.. Kelihatan juga wae, minul, hizuoq, aqbar dan isyraf tekun menelaah buku tersebut... Luar biasa.. Kecuali untuk wae.. Itu perkara biasa.

Pintu kelas di masuki insan mulia bernama guru.. Berjalan mengelilingi kelas sambil memerhati kekhusyukan pelajar sekalian.. Tapi aku! Aku risau tatkala insan itu berhenti di barisan mejaku sambil memerhati kaki ku.. Lagu rossa berkumandang dalam benak mindaku..

"Sudahku bilang jangan terlalu yakin"

Insan itu mula bersuara...

"Awak semua pergi balik asrama tukar kasut sekarang juga.. Saya bagi masa 10 minit!!"

Pada ketika itu juga, aku hizuoq, isyraf, aqbar dan wae... Ya, wae! Bangun meninggalkan kekhusyukan membaca ilmu yang dinikmati sebentar tadi semata-mata untuk menggantikan sandal bertali yang sedang dipakai dengan kasut kulit yang jauh di asrama!
Namun dia insan mulia, kami menurut tanpa banyak soal..

2 tahun kemudian..

"Tolonglah faham... Otak aku dalam kepala... Bukan dalam kasut!"

*******

"What u need in learning process is here (sambil menunjukkan jari telunjuk di kepala)... "
-Dr udupa-


Namun bagi aku

Janji kemas... Tak salahkan???
Sent from BlackBerry® on Airtel

Sunday, October 30, 2011

KLINIK KOTOR

Jalan itu sesak seperti biasa.. Bunyi hon bagaikan menjadi halwa telinga disini. Tak dengar sehari., tak lengkap rasanya jiwa ini.. Bagaikan ada yang kosong. Seperti biasa, deretan kedai yang kotor dan sempit dihujani populasi manusia yang entah bila akan pupus... Mungkin janjiNya belum tiba... MasyaAllah..

Mata aku melirik setiap kedai dari dalam bas yang aku naiki... Ada sagar, ada restoran.. Kedai candu apatah lagi, bersepah dan berterabur bilangannya.

"BIAR BETUL?"

Aku menggosok2 mataku... Aku cabut earphone mp3 yang dikongsi bersama zhafir untuk memastikan apa yang aku lihat.. Memang benar! Di tengah2 barisan kedai kotor itu.. Terselit sebuah klinik. YA! Klinik!

Aku bertanya dalam hati...
"Belajar medic lama2 macam nak mampus, tapi bukak klinik kat sini.. Bodohnya???"

Bas terus bergerak...

Aku terlihat anak kecil sedang duduk di tepi jalan.. Keadaannya kotor.. Mudah sungguh untuk sakit... Sungguh.. Dia hanyalah anak kecil... Mungkin 4 tahun umurnya..

Aku bertanya kembali...

"Apakah tujuan aku menjadi doktor??

Aku teringat akan klinik di barisan kedai kotor itu tadi..

Dan air mata aku mengalir...

"Maafkan aku tuhan.."
Sent from BlackBerry® on Airtel